Sentiasa ada, Amir Raja Lawak dedah Zizan orang terawal bantu

Sentiasa ada, Amir Raja Lawak dedah Zizan orang terawal bantu

Pelawak terkenal Amir Raja Lawak mendedahkan sifat pemurah dan prihatin beberapa rakan-rakan industri yang menghulurkan bantuan ketika sedang diuji dengan masalah kewangan.

Zizan orang terawal tolong

Zizan orang terawal tolong

Pemilik nama, Mohammad Amirullah Azmi berkata rakan-rakan artis bukan sahaja bertanyakan khabar malah turut memberikan sedikit sumbangan tanpa perlu melibatkan paksaan ataupun meminta-minta.

Instagram will load in the frontend.

“Mungkin ada yang berfikir kawan-kawan artis tak ada bertanya khabar ke?
“Alhamdulillah ada sahaja, Mamat Sepah pun bertanya khabar jugak, cip Lando Zawawi Vrus pun hari tu awal-awal lagi call saya bertanya khabar. Bila saya bagitahu keadaan sebenar dan belum habis ayat lagi, dia terus mintak nombor akaun, sangat steady cip
“Produser, orang belakang tabir, kawan-kawan artis, dan geng pelawak lain pun ada yang ambik cakna jugak, cuma yang dua orang ni selalu nampak aktif dengan saya, jadi saya sebut nama diorang je lah ya,” kata Amir di Instagram, semalam.

orang terawal tolong

Dalam perkongsian sama, Amir juga memuat naik hantaran perbualan bersama pelakon Zizan Razak memaparkan selebriti itu mahu memberikan sedikit bantuan tanpa menceritakannya kepada orang ramai.

“Yang Zizan ni pulak saya kena bagitahu jugak, kalau ikutkan dia sendiri mungkin tak mahu benda ini diceritakan.
“Cuma saya nak orang tahu dia ada bersama saya, dan saya saksi Zizan orang yang baik hati Semoga Zizan, dan yang lain-lain semua di bawah rahmat Allah selalu, dijauhkan dari benda yang bukan-bukan,” jelasnya.

Artikel lanjut: Isu bayaran tertunggak dibawa ke parlimen, Amir Raja Lawak ucap terima kasih

Sebelum ini, Amir menyatakan bahawa dirinya memerlukan bayaran tunggakan daripada salah sebuah stesen televisyen bagi membiayai rawatan bapanya yang disahkan menghidap kanser usus.

Pelawak terbabit juga memaklumkan dirinya sudah membuat laporan polis dan berkali-kali menggesa bayaran terbabit dilunaskan, namun tidak diendahkan.

Sumber: Instagram amirrajalawak

Scroll to Top