Pelakon Fathia Latiff sering dihujani dengan kecaman dan pertanyaan dalam kalangan pengguna media sosial berkenaan perubahan penampilannya yang didakwa tidak secantik dahulu.
Tidak lagi cantik di mata manusia
Fathia atau nama lengkapnya, Nur Fathia Abdul Latiff tampil memberi respons dan menegaskan hanya dia sahaja yang lebih menegenali dirinya dan tidak memerlukan penilaian daripada orang luar.
“Saya tahu penampilan saya telah berubah, saya tidak lagi sama seperti dahulu.
“Saya dengar orang berkata, komen, menghakimi daripada orang yang tidak pernah tahu apa yang saya telah lalui selama ini,” kata Fathia di Threads, hari ini.
Berkongsi lebih lanjut, Fathia menjelaskan rupa paras bukanlah perkara yang harus dijadikan keutamaan sebaliknya kekuatan dalaman untuk kekal bertahan daripada individu yang cuba menjatuhkan hidupnya.
“Saya tidak dilahirkan untuk sentiasa kekal sama. Kecantikkan bukan hanya pada wajah yang pernah saya miliki, ia adalah cara bagaimana saya bertahan.
“Saya terus berjalan ketika mereka cuba untuk menjatuhkan. Walau tidak lagi cantik di mata orang, saya tetap saya. Itu semua sudah cukup,” jelasnya.
Artikel lain: Fathia Latiff kongsi ciri calon suami – “Saya nak seorang yang jujur, memahami”
Terdahulu, Fathia mengakui melakukan beberapa rawatan pada wajahnya untuk kelihatan lebih cantik dan tampil yakin namun perubahan terbarunya sering menerima kecaman daripada netizen dengan membandingkan rupa parasnya kini dengan yang lalu.
Sumber: Threads Fathia Latiff