Penyanyi Amira Othman baru-baru ini ada berkongsikan pandangannya mengenai soal jodoh sera ciri-ciri calon suami yang diimpikan.
Menerusi satu podcast, hos yang juga penyampai radio, Radin bertanyakan mengenai status bakal suami pilhannya dan Amira berkata baginya status seseorang itu tidak penting asalkan bukan suami orang.
BACA: Amira Othman Kantoi Tahu Password Telefon Fattah Amin
Sementara itu, Amira berkata setiap individu mempunyai pilihan mereka masing-masing dalam mencari pasangan dan ada yang mementingkan status pasangan mereka.
“Pada saya status tu tak penting, asalkan bukan suami orang. Bergantung dengan apa yang bersesuaian dengan kita.
“Ada sesetengah orang rasa benda tu penting. Pada saya itu pilihan masing-masing, sebab tiada kesalahan pun mereka pilih. Asalkan sendiri tahu bagaimana keadaan itu. Kalau rasa boleh, teruskan,” katanya.
Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai ciri-ciri calon suami yang dicari, Amira berkata dia mencari seorang pasangan yang penyabar.
Lebih menghiburkan, Radin sempat bertanyakan sama ada Fattah Amin seorang yang penyabar, Amira berkata aktor itu seorang penyabar.
“Saya mencari seorang lelaki yang penyabar…Fattah seorang yang sabar,” katanya.
Sumber: TikTok