Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin tampil memuji selebriti yang kini dikatakan berhubungan rapat dengannya iaitu penyanyi, Amira Othman.
Menerusi program podcast What’s Nex(t) dikendalikan oleh penyampai radio dan pengacara, Radin ketika itu menunjukkan wajah dan penampilan Amira ketika awal kemunculannya dalam industri seni di paparan skrin televisyen sekali gus bertanya sekiranya ada apa-apa perkara ingin diubah lebih baik.
Aktor drama rantaian Keluarga Itu ini bagaimanapun sempat mengusik dan memuji Amira seorang wanita yang comel persis seperti mamanya.
“Tapi saya tengok pertama kali macam awak, tengok kali kedua nampak macam mama pun ada… comel,” katanya.
Amira yang seakan ‘blushing’ itu lantas tertawa setelah mendengar kenyataan Fattah yang mencuit hatinya.
“Jadi sebenarnya saya dah nampak dah..,” usik Fattah yang tidak menghabiskan ayatnya.
@im_yourgirl06 Ceyyyy Abg Long puji depan depan terussss ya 😜🥰😍 #fattahamin #amiraothman #radin #fattmira #fyp #masukberanda #trending #foryoupage #foryou #doayangbaikbaik
Namun begitu, rata-rata netizen sempat mengusik ‘pasangan’ selebriti itu mengatakan Fattah seolah-olah sudah membayangi Amira sebagai ibu kepada bakal anak-anak mereka.





