Semalam, hangat diperkatakan mengenai pelakon Indonesia, Jefri Nichol apabila tewas seleaps 38 saat El Rumi dalam perlawanan Superstar Knockout.
Bagaimanapun, tular di laman Threads memaparkan video ucapan El Rumi yang memenangi pusingan pertama serta memaparkan kakak kepada pempengaruh Ameera Khan iaitu Noor Nabila didakwa menyindir El Rumi.
BACA: Tewas 38 Saat, Ameera Khan Tetap Anggap Jefri Nichol ‘Real Man’
Dalam video tersebut, memaparkan Nabila melakukan isyarat tangan ‘L’ yang membawa maksud kepada ‘loser’ ketika El Rumi meminta penonton serta kedua-dua penyokong untuk bersabar.

Diruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat video berkenaan tidak kurang juga ada yang mempersoalkan adakah benar itu adalah Nabila kerana dilihat sering tampil anggun dan classy.

Sumber: Threads




