“Selagi Masih Suami Isteri, Tak Boleh Tutup Pintu Sebab Berdosa” 

“Selagi Masih Suami Isteri, Tak Boleh Tutup Pintu Sebab Berdosa” 

Penyanyi Datuk Nora Ariffin berkata dia tidak pernah menghalang suaminya Dr Rushdi Ramli pulang ke rumah kerana mereka masih suami isteri yang sah.

Memetik BH Online, Nora berkata dia tidak peduli sama ada suaminya ada datang ke rumah atau tidak memandangkan dia sibuk dengan kerja.

BACA: Dilabel Penyondol, Nora Ariffin Pernah Berhenti Buat Live Masa Jual Produk

“Saya sangat sibuk. Jadi, saya tidak ambil kisah. Dia datang atau tidak, saya tidak ambil peduli. Tetapi sebagai orang Islam, selagi tidak bercerai, saya tidak ada hak untuk menghalau, berdosa pula.

“Sebagai isteri, kita perlu menghormati dan bagi saya, walaupun bekas suami sekalipun, kita perlu ada rasa hormat… Itulah prinsip saya. Selagi masih suami isteri, tidak boleh tutup pintu sebab berdosa,” katanya.

Difahamkan, proses laporan JKP dalam tuntutan cerai Nora terhadap Rushdi masih belum menemui kata putus. Mahkamah  menetapkan tarikh 3 September depan bagi urusan hakam, 

Sementara itu, Dr Rushdi berkata dia masih berhasrat mempertahankan rumah tangga bersama Nora. 

Sumber: BH Online


Scroll to Top