Suami kepada penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin iaitu Dr. Rushdi Ramli menegaskan bahawa beliau tidak mahu menceraikan isteri keduanya tanpa sebab yang kukuh.
Menurut laporan Kosmo, pensyarah berusia 58 tahun itu berkata dalam sesebuah perkahwinan, perceraian hanya wajar berlaku jika ada alasan yang munasabah dan diredhai Allah.
Jika bertanya kepada saya, sudah semestinya dalam perkahwinan kita tak mahu bercerai kecuali ada alasan munasabah dan diredhai Allah.
Tetapi kalau tiada alasan yang munasabah, kita tak patut berpisah. Saya serahkan kepada Allah yang terbaik. Dia sebaik-baik perancang.
Dr Rushdi hadir bersendirian ke mahkamah

Rushdi hadir seorang diri di Mahkamah Rendah Syariah Petaling untuk sesi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) bersama wakil yang dilantik Nora.
Namun, memandangkan tiada kata putus daripada kedua pihak, hakim menetapkan 3 September depan untuk proses hakam.
Hubungan Nora Ariffin dengan isteri pertama

Bila ditanya tentang hubungan Nora dengan isteri pertamanya, Rose Aliza Sutrisno, Rushdi hanya memberi jawapan ringkas.
Insya-Allah, tetapi itu adalah perkara yang tidak boleh saya ulas, suatu perkara yang ‘seronok’ tetapi saya tak boleh beri komen lagi.
Pssttt! Dalam rumah tangga, keputusan berpisah bukan perkara kecil. Fikir sedalamnya, kerana yang paling penting adalah reda Allah dan ketenangan hati.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.



