TERKINI Kes Zara Qairina: Polis jalankan 2 bentuk siasatan

TERKINI Kes Zara Qairina: Polis jalankan 2 bentuk siasatan

mhafis@mediprima.com.my

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan dua bentuk siasatan berhubung kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir, iaitu inkues bagi mengenal pasti punca kematian dan siasatan jenayah menjurus kepada perbuatan buli.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, berkata, kedua-dua siasatan itu akan dilakukan secara menyeluruh mengikut prosedur undang-undang.

Menurutnya, proses inkues akan memberi tumpuan kepada semua bukti dan maklumat berkaitan bagi menentukan punca kematian.

“Kita telah mengenal pasti saksi-saksi yang akan dipanggil dan segala maklumat akan dikemukakan mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Siasatan jenayah pula akan memfokuskan kepada aspek perbuatan buli,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Beliau berkata, persoalan bermain di fikiran semua orang adakah apa yang menyebabkan kejadian ini berlaku.

“Sebab tu kita ada dua hala tuju siasatan, satu siasatan dari sudut inkues. Kertas siasatan pun sudah dua kali dirujuk ke Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Inkues akan dibuat dalam masa terdekat dan satu lagi dari sudut jenayah membabitkan elemen buli,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top