am@hmetro.com.my
Putrajaya: Keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) ditangguh pada 13 Julai nanti.
Perkara itu dimaklumkan hakim, Datuk Seri Abu Bakar Jais susulan seorang panel hakim, Datuk Che Mohd Ruzima Razali sedang cuti sakit pada hari ini dan esok.
Berita lanjut menyusul
© New Straits Times Press (M) Bhd




