Bukan Dicuri, Shuib Maklum Kereta Kuning Ditunda MBSA – “Cuma Salah Parkir”

Bukan Dicuri, Shuib Maklum Kereta Kuning Ditunda MBSA – “Cuma Salah Parkir”

Pelawak dan usahawan, Shuib akhirnya membuka cerita sebenar di sebalik insiden kereta Toyota CHR berwarna kuning miliknya yang tular selepas ditunda Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Isnin.

Menurut Shuib atau nama penuhnya, Shahmira Muhamad, 41, punca kejadian hanyalah kesalahan meletakkan kenderaan dan bukannya sesuatu yang serius.

“Kereta itu cuma misplace (salah letak) sahaja. Tak ada apa pun, jadi saya tak mahu panjangkan cerita. Sekarang kereta sudah ada semula, cuma saya tak ingat di seksyen berapa.

“Ringkasnya, cuma salah parkir. Keadaannya pun elok. Mamat yang beritahu kereta tu berada di MBSA,” katanya ketika ditemui di sidang media program baharu terbitan Astro, Talk To My Manager, di Royale Chulan Hotel, pada petang Rabu.

Shuib turut menzahirkan penghargaan kepada orang ramai yang prihatin dan sudi membantu mengesan kereta tersebut.

“Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sikap ambil berat. Ramai yang tolong cari. Cuma biasalah, ada juga yang buat pelbagai andaian dan kecam. Itu saya hadap sahaja. Kereta itu pun untuk hantar anak ke sekolah,” ujarnya berseloroh.

Pada Isnin, Shuib mencuri perhatian di Instagram apabila memaklumkan keretanya hilang di sebuah kawasan parkir di Shah Alam selepas selesai menguruskan hal di Mahkamah Shah Alam.

Artikel Berkaitan: “Kena Rembat Ke?” – Shuib Kongsi Detik Cemas Kereta Toyota Hilang Lepas Berurusan Di Mahkamah!

Scroll to Top