Trending
Ibu Anna Jobling dakwa campur tangan orang ketiga punca injunksi, akui perlu merayu untuk jumpa anak.
Ibu kepada pelakon dan model terkenal, Anna Jobling iaitu Ariz tampil mendedahkan bahawa campur tangan orang ketiga menjadi salah satu faktor berlakunya perintah injunksi terhadap dirinya.
Menurut laporan mStar, Ariz berkata injunksi tersebut timbul kerana pihak pengurusan dikatakan cuba mengawal pergerakan Anna, selain anaknya itu mahukan kebebasan.
Injunksi itu lebih kepada kebebasan. Pengurusan nak kawal dia. Banyak campur tangan orang ketiga.
“Kena merayu macam puppy” – Ariz

Ariz turut berkongsi pengalaman pahit apabila hubungan mereka menjadi renggang. Walaupun perintah injunksi telah ditarik balik, dia tetap perlu memohon kebenaran setiap kali ingin berjumpa dengan Anna.
Ketika injunksi keluar saya tak boleh dekat dengan dia. Kemudian sudah boleh tetapi bersyarat. Saya kena merayu macam puppy.
Ibu tak mahu campur urusan peribadi Anna Jobling

Mengulas lanjut, Ariz berkata dia kini memilih untuk tidak lagi mencampuri urusan peribadi anaknya dan mahu fokus pada kehidupannya sendiri.
Sebagai seorang ibu, sekarang ini saya cuba untuk berundur selepas tidak lagi diperlukan. Walaupun Anna ada ibu, tapi dia buang saya… Siapa sangka, tapi ini ujian Allah.
Pssttt! Hubungan ibu dan anak adalah anugerah yang tiada galang ganti. Sejauh mana pun jarak, cubalah cari ruang untuk berdamai demi hati yang pernah membesarkan kita.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.