“Mereka Ada Insan Yang Mereka Sayangi” – Siti Nurhaliza Gesa Gejala Buli Dibanteras Segera

“Mereka Ada Insan Yang Mereka Sayangi” – Siti Nurhaliza Gesa Gejala Buli Dibanteras Segera

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menegaskan, tindakan buli harus dibanteras segera bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku.

Ia susulan, kematian pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Agama Tun Datu Mustapha, Zara Qairina yang tular baru-baru ini.

Kata Siti menerusi temu bual bersama HotFM, orang ramai harus menerapkan bahawa manusia itu sangat berharga.

Selain nyawa, mangsa juga mempunyai keluarga dan insan yang menyayangi mereka.

“Marilah kita sama-sama membanteras masalah ataupun gejala buli yang berleluasa.

“Kalau boleh kita terapkan dalam hati kita semua manusia itu sangat berharga. Nyawa dan mereka ada insan yang mereka sayangi sama seperti anda juga,” katanya.

Dalam pada itu, Siti juga menyarankan agar masyarakat saling menghargai antara satu sama lain sekaligus mengelak dari menjadi mangsa buli dan menjadi pembuli.

“So, elakkan membuli, dibuli dan ayuh kita saling menghargai.

“Dunia ni pun tak lama dah untuk kita nikmati. So, jangan lakukan perkara yang akan membuat anda menyesal seumur hidup atau  memberikan impak yang tidak baik kepada seluruh masyarakat. Jadi mari kita membanteras buli.

“No bully! Buli  terhadap fizikal, cyberbully ataupun apa sahaja yang berkaitan dengan buli,” jelasnya.

 

Scroll to Top