Pelakon Haneesya Hanee meluahkan rasa kesal apabila kisah lamanya di kelab malam kembali menjadi bualan netizen susulan kontroversi antara pelakon Anna Jobling dan ibunya.
Menerusi video dikongsikan di TikTok, Haneesya berkata dia tidak faham mengapa namanya dipetik berikutan isu Anna.
BACA: “Orang Minum Arak Je Masuk Neraka, Yang Derhaka Dengan Mak Pun Masuk Syurga”
Menurut Haneesya lagi, dia tidak pernah mengiyakan atau menafikan dakwaan kononnya Anna yang menyebarkan video berkenaan, sebaliknya netizen yang menyebarkan cerita tidak benar.
“Dulu aku tak bersuara sebab aku mengaku salah pergi minum di kelab malam. Tapi perkara itu dah 8 tahun berlalu, kenapa tiba-tiba nama aku kena petik bila timbul isu anak-beranak tu?
“Aku dah tak sebut nama si polan dah beberapa tahun. Aku tak pernah mengiyakan atau menidakkan dakwaan kononnya dialah yang sebar video itu.
“Netizen yang memandai petik dan sebarkan perkara tak betul. Aku pun tak tahu dia ada masalah dengan mak dia,” katanya.
Kata Haneesya lagi, dia menanggung malu susulan penularan video tersebut namun kesal apabila kisah itu timbul kembali serta mempersoalkan mengapa netizen masih lagi menghukum.
“Ingat aku tak malu dan kecewa ke? Bertahun aku cuba supaya orang lupakan kisah silam aku tapi tiba-tiba timbul balik. Serius aku nak jaga nama, aku buat salah sekali tapi kenapa korang nak hukum lagi, korang Tuhan ke?
“Kalau aku banyak duit, dah lama aku bayar peguam saman orang, tapi sumpah aku tiada duit banyak. Aku kerja keras sebab nak ada duit untuk upah orang padamkan video lama yang tersebar dulu,” katanya.




