Dua wartawan yang kini bekerja di sebuah agensi media dalam talian direman SPRM selepas disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan di selatan tanah air.
Menurut laporan Berita Harian, kedua-duanya pernah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum bersara dan menceburi bidang kewartawanan.
Peranan kedua-duanya belum dapat dipastikan memandangkan siasatan SPRM masih berjalan.
Ops Sohor bongkar rangkaian besar termasuk dua wartawan

Kes ini terbongkar selepas SPRM menahan 10 individu termasuk lima pegawai kanan ATM, dua wartawan, seorang pengurus syarikat, pembantu pentadbiran di Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), dan seorang wanita warga asing.
Mereka ditahan menerusi Ops Sohor yang dijalankan Bahagian Perisikan SPRM bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar Lembah Klang.
Tempoh reman berbeza ikut suspek

Mengikut perintah Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin:
- 4 lelaki direman 7 hari hingga 20 Ogos.
- 2 lelaki dan 1 wanita direman 5 hari hingga 18 Ogos.
- 2 lelaki dan 1 wanita warga Indonesia direman 3 hari sehingga hari ini.
Kesemua suspek berusia antara 30 hingga 55 tahun.
Pssttt! Integriti adalah aset yang tiada galang ganti. Jawatan atau pengalaman hebat tidak akan bermakna jika amanah dikhianati.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.



