Pendakwah terkenal, PU Riz mencuri perhatian ramai apabila berkongsi kisah manis sebelum bernikah dengan isterinya, Neelofa dalam sebuah acara berkaitan jodoh.
Menerusi satu video di Tiktok, PU Riz bercerita tentang momen dia menerima Neelofa sebagai isteri, sambil sempat bertanya soalan ‘paling jujur’ kepada selebriti dan usahawan terkenal itu.
You nak kahwin dengan saya ni untuk apa? Nak kata sebab rupa, adalah handsome sikit-sikit. Tapi ramai lagi pilihan lain.
Jawapan Neelofa buat hati PU Riz cair
Tanpa ragu, Neelofa memberikan jawapan yang membuat ramai penonton tersentuh hati.
Saya yakin, Insya-Allah, awak boleh menjaga dan bawa saya ke syurga.
Jawapan itu bukan sahaja membuat PU Riz tersenyum, malah mencuri hati para peminat yang menganggap hubungan mereka penuh keberkatan.
Latar belakang perkahwinan

Untuk rekod, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail telah bernikah dengan Neelofa pada 27 Mac 2021 di Grand Hyatt Kuala Lumpur.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki yang sering menjadi perhatian warganet.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.