Polis Buru Penghantar Mesej Ugut Isteri Rafizi Ramli

Polis Buru Penghantar Mesej Ugut Isteri Rafizi Ramli

Oh! Negara

Polis kesan individu hantar mesej ugut isteri Rafizi Ramli selepas anaknya diserang di pusat beli-belah.


Bila cerita melibatkan keluarga ahli politik, biasanya memang panas. Lagi-lagi kalau sampai tahap terima ugutan.

Itulah yang berlaku pada isteri bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, selepas insiden anak lelaki mereka diserang di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.

Polis sedang kesan penghantar ugutan kepada isteri Rafizi Ramli…

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, mengesahkan isteri Rafizi membuat laporan polis pada Khamis. Katanya, pihaknya akan bekerjasama dengan beberapa agensi untuk mengesan pemilik nombor telefon yang menghantar mesej ugutan itu.

Menurut beliau, kes ini disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan. Polis juga sudah mengambil keterangan doktor yang merawat anak mangsa bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, Rafizi mendedahkan isterinya menerima dua mesej ugutan pada jam 1.12 pagi dan 11.02 pagi. Ugutan itu dikaitkan dengan insiden menimpa anak mereka yang berlaku pada jam 2 petang di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.

Dalam kejadian itu, anak Rafizi yang berusia 12 tahun diserang oleh dua individu menaiki motosikal sebelum disuntik dengan jarum berisi cecair.

Sebelum ini enam individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan. Pada Khamis, Datuk Shazeli turut meminta Rafizi membuat laporan rasmi berhubung ugutan yang diterima supaya tindakan lanjut dapat diambil.

Pssttt! Bila melibatkan keselamatan keluarga, jangan tunggu lama-lama untuk bertindak. Korang kena pastikan setiap ugutan atau ancaman dilaporkan terus kepada pihak berkuasa. Keselamatan diri dan orang tersayang tak boleh dibuat main.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top