[VIDEO] Reda Tak Dapat Sambut Ulang Tahun Anak, Ibu Sifatkan Anna Jobling Anugerah Terindah – “Saya Gembira & Bangga Dengan Dia”

[VIDEO] Reda Tak Dapat Sambut Ulang Tahun Anak, Ibu Sifatkan Anna Jobling Anugerah Terindah – “Saya Gembira & Bangga Dengan Dia”

Ibu kepada pelakon jelita Anna Jobling, Ariz Arop menyifatkan anaknya sebagai anugerah terindah yang dikurniakan Allah dalam hidupnya.

Menerusi video sesi siaran langsung tular di platform TikTok, Ariz turut meluahkan rasa bangga terhadap kejayaan anaknya yang kini semakin dikenali dalam industri seni.

“Saya lahirkan Anna jam 3:15 petang. Sepanjang Anna membesar, saya jaga dia dengan penuh kasih sayang dan manjakan dia.

“Anna merupakan anugerah daripada Allah. Saya gembira untuk Anna dan sangat bangga ada anak macam dia,” katanya.

Dalam masa sama, Ariz meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat menyambut ulang tahun Anna yang ke-25 tahun pada 14 Ogos, semalam, susulan konflik yang melanda hubungan mereka.

“Cuma saya sedih tak dapat nak sambut ulang tahun kelahiran dengan Anna. Orang lain lebih penting, biar saja lah. Dia tak ingat saya pun tidak mengapa,” katanya.

Bagaimanapun, sebagai ibu Ariz reda dengan keadaan tersebut meskipun terpaksa menelan rasa sakit dan tetap terus mendoakan yang terbaik buat puterinya itu.

“Kita sebagai mak, kita dah buat yang terbaik. Saya doakan Anna dipanjangkan umur dan semoga mudah perjalanan hidup dia,” tuturnya.

@kucengbaik

Doa untuk anna… #annajobling #mamajobling #annajobling💜 #fypindonesia #fyp

♬ original sound – kucengbaik – kucengbaik

Terdahulu, nama Anna hangat menjadi sebutan ramai di media sosial susulan tular kontroversi membabitkan dirinya bersama ibunya.

Malah, Anna difahamkan telah mengambil tindakan mahkamah dengan membuat perintah injunksi terhadap ibunya itu.

Artikel Berkaitan: Hantaran Di Balai Polis Cetus Persoalan… Ibu & Anna Jobling Bergaduh, Terima Perintah Injunksi?

Artikel Berkaitan: Sanggup Bergadai Demi Anak, Ibu Anna Jobling Rasa Terhina Dakwa Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’?

Artikel Berkaitan: Ibu Dakwa Anna Jobling Hanya Benar Jumpa Dalam Jarak 100 Meter – “Dia Hantar Injunksi Sebab Tak Tahan Kena Puk*l, Saya Hanya Mahu Mengajar Anak”

Artikel Berkaitan: Peguam Anna Jobling Dedah Kronologi Dakwaan Ibu ‘Dikunci’ Dalam Kereta

Artikel Berkaitan: Ibu Anna Jobling Dakwa Wujud Campur Tangan Pihak Ketiga Dalam Proses Injunksi

Scroll to Top