Kes melibatkan anak lelaki Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli yang diserang kat sebuah pusat beli-belah di Putrajaya minggu lepas masih menjadi pergatian.
Kes tu memang buat ramai terkejut sebab cara serangan dia agak mengejutkan. Sekarang ni polis dah mula dapat beberapa petunjuk penting untuk kesan siapa dalang sebenar.
Polis dapat petunjuk dari CCTV rakam kejadian anak Rafizi Ramli…
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar bagitahu yang petunjuk tu diperoleh selepas pihak polis semak rakaman CCTV di sekitar lokasi kejadian. Tapi katanya, petunjuk tu masih belum lengkap sepenuhnya buat masa ni.
Terdapat petunjuk pada rakaman CCTV namun tidak sepenuhnya pada waktu ini.- Katanya.
Setakat ni, polis dah panggil seramai 14 individu untuk bantu siasatan kes tersebut.
Isteri Rafizi terima mesej ugutan…
Bukan setakat anak Rafizi jadi mangsa, isteri beliau juga terima mesej ugutan melalui WhatsApp. Datuk Shazeli sahkan ini kali pertama isteri Rafizi terima ugutan berkait insiden tersebut.
Menurut beliau, laporan polis berhubung ugutan itu sudah dibuat. Pihak berkuasa sekarang tengah jalankan siasatan dengan kerjasama agensi lain termasuk SKMM untuk kesan siapa yang hantar mesej tu.
Insiden serangan ni berlaku kira-kira pukul 2 petang Rabu lepas di kawasan drop-off sebuah pusat beli-belah. Dua lelaki berpakaian hitam, bertopi keledar dan naik motosikal dikatakan terlibat.
Rafizi sendiri mendakwa salah seorang daripada lelaki tu bertindak mengheret anaknya sebelum mencucuk sesuatu menggunakan jarum suntikan.
Pssttt! Dalam dunia sekarang ni, kejadian macam ni memang buat kita rasa tak selamat walaupun di tempat awam. Apa pun, korang jangan ambil ringan soal keselamatan keluarga. Kalau ada nampak benda mencurigakan, cepat-cepat laporkan pada pihak berkuasa. Ingat, langkah kecil kita boleh cegah tragedi besar.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!