PM Anwar pesan jangan jadikan kes Zara Qairina senjata politik, bahan hasutan

PM Anwar pesan jangan jadikan kes Zara Qairina senjata politik, bahan hasutan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan kepada semua pihak supaya tidak menjadikan kes kematian pelajar tingkatan satu SMKA Tun Datu Mustapha, Zara Qairina Mahathir yang dikaitkan dengan kes buli sebagai senjata politik.

Menurut laporan Berita Harian, beliau tidak boleh menerima sama sekali tindakan mempermainkan kematian mangsa untuk menipu dan melakukan hasutan bagi mempengaruhi orang ramai.

PM Anwar pesan

PM Anwar pesan

“Soal media sosial ini, kita kawal (tapi) ada terbatasnya. Umpamanya yang terbaru, seseorang yang kata dia itu doktor patologis bagi gambaran dan ini meracuni pemikiran jutaan orang sehingga ada rakan, isteri, sahabat bertanya PM (Perdana Menteri) apa ini?
“Orang itu (Zara) dah terkorban, kemudian kita jadikan ini sebagai satu senjata politik untuk menikam orang lain. Kalau benar tak apa, mana boleh kita mainkan seolah kematian orang itu (untuk) menipu dan menghasut sebegitu rupa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Artikel lain: Jangan politikkan isu Zara Qairina, beri ruang polis siasat – Fadillah

PM Anwar pesan

Sejak kebelakangan ini, kes kematian Zara Qairina mendapat perhatian ramai apabila mangsa ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolah pada 16 Julai lalu.

Bagaimanapun, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustaph itu menghembuskan nafas terakhir pada keesokkan harinya akibat kecederaan serius dan dipercayai menjadi mangsa buli pelajar lain.

Demi mendapatkan kepastian dan keadilan, ibu mangsa iaitu Noraidah Lamat menerima kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk penggalian semula kubur anaknya bagi menjalani bedah siasat.

Pasukan forensik mengambil masa selama lapan jam bagi melakukan proses bedah siasat terhadap jenazah di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).

Kementerian Pendidikan (KPM) akan menempatkan sementara Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta semua warden SMKA Tun Datu Mustapha di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sehingga siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai.

Keputusan itu diambil susulan pengumuman PDRM bahawa Pasukan Petugas Khas Bukit Aman telah mengambil alih siasatan kes Allahyarhamah Zara Qairina.

Sumber: Berita Harian (Mohd Iskandar Ibrahim)

Scroll to Top