Ben Amir Gigih Belajar Tagalog, Sasar Pasaran Berlakon Di Filipina

Ben Amir Gigih Belajar Tagalog, Sasar Pasaran Berlakon Di Filipina

Pelakon, Ben Amir memaklumkan dia kini dalam perancangan untuk melebarkan sayap kerjaya lakonan ke Filipina selepas mendapat respons positif daripada pihak pengurusan bakat di negara berkenaan.

Ben atau atau lengkapnya, Muhammad Amir Sabaruddin, 35, berkata pihak pengurusan bakat di sana telah pun meneliti portfolio seninya dan berminat untuk memberikan peluang kepadanya.

“Berlakon di sana memang dalam perancangan saya. Saya sudah hubungi talent management di sana, mereka dah tengok portfolio saya dan nampak berminat.

“Cuma bila ke negara orang, kena fasih bahasa mereka. Buat masa ini saya masih belajar Tagalog. Mereka cadangankan saya mulakan dengan iklan (TVC) yang tiada dialog.

“Perlahan-lahan, insya-Allah. Sekarang saya sibuk dengan bisnes. Bila bahasa Tagalog saya lebih lancar, barulah saya serius untuk berlakon di sana,” katanya.

Ben berkata demikian ketika ditemui di malam gala dan sidang media filem LEGASI: BOMBA THE MOVIE di IOI City Mall, Putrajaya pada malam Isnin.

Ketika disoal sama ada sukar untuk bercakap bahasa Tagalog, Ben mengakui bukan mudah untuk membiasakan diri dengan bahasa asing itu.

“Sebenarnya lebih kurang saja, tapi nak sebuat biar kedengaran macam perbualan baisa memang ambil masa.

“Saya belajar dengan orang tempatan, sembang dengan makcik-makcik. Mereka pula seronok bila ada orang luar nak belajar bahasa Tagalog, jadi banyak bantu itu yang saya kagum,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Ben kini membintangi filem aksi pertamanya, LEGASI: BOMBA The Movie yang menampilkan aksi mendebarkan, emosi mendalam, dan penghormatan tulus kepada barisan wira di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Selain Ben, filem ini turut membariskan pelakon hebat seperti Nas-T, Henley Hii serta disokong oleh pelakon sampingan seperti Hairie Othman, Ammar Alfian, Fad Anuar, Abbas Mahmood, Sasidaran, Nia Atasha dan Mathni Razak.

Filem ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 21 Ogos 2025.

Artikel Berkaitan:[VIDEO] “Dia Bukan Punca Saya Hijrah Ke Sana…” – Ben Amir Hangat Dilamun Cinta Dengan Gadis Filipina

Artikel Berkaitan: Hina Siargao Akan Musnah Dilanda Taufan, Ben Amir Naik Angin – “Manusia Memang Suka Cakap Benda B*doh”

Scroll to Top