Pelakon Beego dilapor tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi mendengar keputusan Jawatankuasa Pendakmai (JKP).
Memetik mStar Online, peguam mewakili Beego memberitahu anak guamnya memaklumkan tidak dapat hadir kerana tidak sihat.
BACA: “Linda Kata Dia Masih Isteri Yang Sah, Kenapa Tak Balik Rumah?”
“Beego hubungi saya pagi tadi maklumkan tidak dapat hadir kerana tidak sihat. Suaranya kedengaran serak mungkin batuk dan selesema,” katanya.
Kata peguamnya lagi, Beego belum sedia untuk berpisah namun tidak menolak jika perceraian dapat diselesaikan secara baik.
Sementara itu, Linda berharap proses perceraian mereka dapat cepat diselesaikan namun akur jika ianya dibawa ke peringkat hakam.
“Jika perlu sampai ke peringkat hakam, saya akur dan akan teruskan hingga selesai,” katanya.
Terdahulu, Beego mempertahankan diri selepas isterinya mendakwa dia bersikap sambil lewa dalam membayar nafkah anak.
Beego turut mempersoalkan semula dimana isterinya sepanjang sembilan bulan mereka berdepan masalah rumah tangga.
Sumber: mStar Online




