Trending
Anwar Ibrahim sahkan STR untuk masyarakat India tahun ini hampir RM1 bilion. Kerajaan tegaskan tiada kaum terpinggir dalam agenda Madani.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk masyarakat India tahun ini mencecah hampir RM1 bilion.
Menurut laporan Kosmo, jumlah itu menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh tiga tahun berbanding hanya RM500 juta pada tahun 2022.
Bantuan STR tahun 2022, peruntukan untuk masyarakat India setengah bilion ringgit dan untuk tahun 2025 sudah mencecah hampir RM1 bilion, (iaitu) sebanyak RM972 juta.
Anwar Ibrahim nafi dakwaan kaum India terpinggir

Dalam sidang Dewan Rakyat, Anwar menolak dakwaan kononnya masyarakat India tidak mendapat perhatian kerajaan.
Jadi kalau dikatakan bantuan kepada masyarakat India khusus kepada Mitra tidak benar. RM1 bilion itu terkeluar daripada peruntukan Mitra.
Beliau menegaskan fokus utama kerajaan adalah untuk menoktahkan kemiskinan tegar tanpa mengira kaum.
Sokongan tambahan untuk perumahan dan Mitra

Selain STR, kerajaan turut memperuntukkan RM1.2 bilion melalui Skim Kredit Perumahan kepada masyarakat India.
Manakala peruntukan tahunan di bawah Mitra (Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia) pula kekal sebanyak RM100 juta.
Anwar menjelaskan bahawa walaupun Mitra diteruskan, lebih baik ia diselaraskan melalui kementerian dan agensi kerajaan untuk memastikan keberkesanan.
Sengaja saya rangkum ini semua untuk mengelakkan pandangan yang dipermainkan seolah-olah (masyarakat India) tidak dipedulikan.
Pssttt! Keadilan sosial hanya dapat dicapai apabila bantuan diagihkan secara menyeluruh tanpa mengira kaum. Sama-sama kita pastikan tiada masyarakat yang terpinggir.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




