Hantaran pelakon Rita Rudaini menjadi perhatian apabila memuat naik luahan hati mengenai perasaan anak yang dibiarkan.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Rita berkata sekiranya anak-anak memilih untuk menjauh kerana apa yang terjadi mungkin datangnya dari salah sendiri.
BACA: “Tolong Jadi Manusia” – Rita Rudaini Kecewa Masih Tiada Tangkapan Kes Zara

“Bila hati anak dah tertutup, bukan sebab dijauhkan, tapi kerana dibiarkan. Usah salahkan angin, kalau sendiri longgarkan ikatan,” tulisnya.
Sementara itu, Rita berkata jika anak menjauh bukan kerana hasutan tetapi mungkin kerana kenangan serta tidak mencari salah orang lain jika ianya berlaku sebaliknya perbaiki diri.

Turut menjadi perhatian, Rita turut menyertakan tanda pagar Kifarahisteal namun tidak dinyatakan lebih lanjut mengenai hantaran berkenaan.




