Pernah Berhabis Hingga RM100,000 Demi Barangan Berjenama, Anzalna Nasir Kini Mahu Bantu Keluarga Susah – “Doakan Saya Kekal Seperti Ini”

Pernah Berhabis Hingga RM100,000 Demi Barangan Berjenama, Anzalna Nasir Kini Mahu Bantu Keluarga Susah – “Doakan Saya Kekal Seperti Ini”

Pelakon jelita, Anzalna Nasir mengaku pernah membelanjakan sejumlah wang mencecah ratusan ribu ringgit demi sebuah barangan berjenama.

Kongsinya menerusi hantaran di Threads, dia bagaimanapun sedar duit yang dibelanjakan itu mampu membantu golongan yang memerlukan.

“Pada masa itu, saya dengan mudah boleh membelanjakan lebih RM100,000 untuk jenama mewah. Sekarang pun saya masih beli barang yang saya suka cuma tak gila macam dulu.

“Kerana sekarang saya sedar, harga satu beg berjenama boleh memberi makan kepada ramai keluarga, menyokong ibu bapa yang bergelut atau membantu seseorang bangkit semula,” katanya.

Dalam pada itu, Anzalna berkata, semakin menginjak usia dia semakin mahu mendekatkan diri dengan Tuhan dan berharap dia sentiasa istiqamah dalam melakukan kebaikan.

“Semakin meningkat usia, hati saya hanya ingin lebih dekat dengan Allah.

“Hidup terasa lebih bermakna apabila saya menggunakannya untuk berbuat baik, memberi dan mencari keberkatan-Nya. Saya harap saya akan kekal seperti ini, sentiasa. Doakan saya,” jelasnya.

Scroll to Top