Diskaun saman 50 peratus sempena Himpunan RXZ Members 7.0

Diskaun saman 50 peratus sempena Himpunan RXZ Members 7.0

am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Polis menawarkan potongan saman sebanyak 50 peratus sempena program Himpunan RXZ Members 7.0 di Litar Permotoran Terengganu, di sini, Sabtu ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata, orang ramai yang memiliki saman boleh membuat bayaran di kaunter bergerak yang ditempatkan di lokasi program bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

Bagaimanapun, katanya, potongan diskaun dikecualikan bagi 10 kategori saman iaitu membabitkan kemalangan, saman tidak boleh dikompaun (N/C), Op Selamat, bicara mahkamah dan kesalahan berkaitan kenderaan berat.

“Saman lain adalah kesalahan potong secara bahaya (potong Q), menggunakan lorong kecemasan, tidak mematuhi isyarat lampu merah, pengubahsuaian ekzos kenderaan dan saman memotong di garisan berkembar,” katanya ketika dihubungi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top