“Anak Kurus Ikut Genetik Suami Bukan Sebab Kurang Makan”

“Anak Kurus Ikut Genetik Suami Bukan Sebab Kurang Makan”

Pelakon Mira Filzah menjelaskan anaknya iaitu Wan Khair Amir mempunyai badan yang kurus bukan kurang pengambilan makanan. 

Menerusi satu sesi siaran langsung, Mira berkata anaknya mewarisi genetik keluarga suaminya yang berbadan tinggi dan kurus.

BACA: Mira Filzah Berhabis RM8,000 Sebulan, Belanja Makanan Di Set Penggambaran

“‘Anak nampak macam kurus macam kurang makan’. Hey, awak semua ni, dekat komen tu ada saja yang nak kata, gemuk tak boleh kurus tak boleh. Amir ni kurus dan tinggi ikut bapa dia dan bapa-bapa saudaranya. Mereka semua tinggi 6 kaki ke atas. 

“Masa kecil dah memang tinggi budak ini, padahal baru tiga tahun lebih usianya. Ada saja yang tak kena. Makan banyak pun nanti dia berak banyak juga,” katanya. 

Sementara itu, Mira berkata anaknya seorang yang aktif dan ianya normal untuk kanak-kanak memiliki fizikal seperti itu.

“Lagi pun dia budak lelaki, setiap malam lepas mandi pukul 10 pun dia berpeluh lagi sebab bermain. Biasalah tu,” katanya.

Mira dan Wan Emir Astar mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata Wan Khair Amir.


Scroll to Top