Penyanyi, Amira Othman meraih tumpuan ramai selepas tular sebuah video memaparkan dirinya sedang disolek oleh jurusolek.
Menerusi perkongsian video dimuat naik oleh jurusolek dikenali sebagai Aus, Amira atau pemilik nama penuhnya, Nadia Amira Othman, 32, kelihatan jelita dengan penampilan lengkap serba putih.
Malah, ruangan komen di hantaran tersebut turut dibanjiri dengan kata-kata pujian daripada netizen menyatakan pelantun lagu Dalam Sujudmu ini sangat berseri-seri seolah-olah hari bahagianya bergelar isteri semakin menghampiri.
@austouxh.official AMIRA OTHMAN makeup for photoshoot done by me🤍🤍🤍 Hijabstyling by @Nur Faradyana @Amira Othman #muakl #muaselangor #muamalaysia #muaselangorkl #fyp
Sebelum ini, nama Amira mencuri tumpuan ramai selepas timbul desas-desus mengatakan dia dan aktor, Fattah Amin bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Dakwaan tersebut heboh di media sosial mengatakan mereka sudah pun menempah dewan pernikahan.
Namun begitu, pengurus kepada Fattah iaitu Sakirin Aca berkata pihaknya tidak akan merahsiakan sebarang berita baik berkenaan aktor itu.
Artikel Berkaitan: Fattah Amin Didakwa Bakal Tamat Zaman Solo, Pengurus Tampil Respons – “Jangan Risau Kami Tak Sorok-Sorok”
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Tak Bagi Amira Othman Tengok ’11 Cinta Sebelum Kamu’ – “Orang Lain Boleh, Awak Jangan”
Sumber: Austouxh




