“Beria Support ‘No Bully’ Arwah Zara, Tapi Tak Habis-Habis Kondem Orang Kat Sosial Media” – Sweet Qismina

“Beria Support ‘No Bully’ Arwah Zara, Tapi Tak Habis-Habis Kondem Orang Kat Sosial Media” – Sweet Qismina

Pelakon Sweet Qismina tampil menegur segelintir netizen yang lantang menyokong kempen anti buli dalam insiden yang menimpa arwah Zara Qairina tetapi dalam masa sama masih tidak henti mengecam dan membuli orang lain di media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, Sweet turut mempersoalkan sama ada golongan tersebut sebenarnya sedang ‘sakit’ atau sekadar menunjukkan sikap yang semakin keterlaluan.

“Wahai manusia, kamu semua sakit ke? Beria sokong no bully untuk arwah Zara. Tapi tak habis-habis kecam & buli orang lain kat media sosial. Perhati je semua, semakin lama semakin mengarut dan buat saya rasa meluat,” tulisnya.

Dalam pada itu, Sweet menegaskan individu yang gemar memberikan komen negatif, mengkritik dan mengecam orang lain di media sosial sebenarnya tidak ada beza dengan pembuli di sekolah.

“Kamu yang suka bergosip dan menghina orang di media sosial sama sahaja seperti pembuli di sekolah.

“Hakikatnya, kamu adalah pembuli mental,” jelasnya.

Hantaran yang dimuat naik itu juga turut mendapat respons selebriti popular, Nur Fazura.

Scroll to Top