Selepas Alunan Zikir Kena Kecam, Zarina Zainuddin Tampil Dengan Lagu Pulut Kuning – “Nak Lawan Aliff Syukri Ke?”

Selepas Alunan Zikir Kena Kecam, Zarina Zainuddin Tampil Dengan Lagu Pulut Kuning – “Nak Lawan Aliff Syukri Ke?”

Pelakon Zarina Zainuddin sekali lagi menarik perhatian netizen melalui perkongsian terbaharu di Instagram mempromosikan pulut kuning jualannya.

Jika sebelum ini Zarina menyorot perhatian gara-gara rakaman suara berzikir yang didakwa sumbang, kali ini aktres drama bersiri Teduhan Kasih itu tampil dengan pendekatan berbeza apabila menyanyikan lagu ciptaannya sendiri bagi tujuan pemasaran produk.

Zarina memilih pendekatan lebih kreatif dengan menghasilkan lirik dan melodi khas demi menarik minat pelanggan.

“Semoga terhibur. Saya bukan penyanyi, tapi ini lagu untuk pulut kuning saya,” tulis Zarina di ruangan kapsyen.

Perkongsian itu nyata mengundang pelbagai reaksi, namun rata-rata warganet terhibur dengan usaha kreatifnya.

Ada yang memuji melodi dan lirik yang dianggap sedap didengar, malah ada juga yang menyarankan agar nada nyanyiannya direndahkan sedikit.

Lebih mencuit hati, terdapat netizen yang berseloroh menyamakan gaya promosi Zarina dengan usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri yang sering melancarkan lagu bagi memasarkan produknya.

Tindakan Zarina ini sekali lagi menyerlahkan kreativiti beliau dalam mempromosikan perniagaan, di samping menghiburkan para pengikut di media sosial.

Scroll to Top