“Tak Nak Kahwin Lelaki Arab, Sekarang Terpaling Arab Saya Dapat”

“Tak Nak Kahwin Lelaki Arab, Sekarang Terpaling Arab Saya Dapat”

Pelakon Ramona Zamzam menitipkan pesanan kepada golongan muda untuk tidak terlalu menetapkan kriteria dalam memilih pasangan hidup kerana bimbang menjadi kenyataan.

Menerusi perkongsian di Threads, Ramona berkongsikan dia pernah berharap agar tidak bertemu jodoh dengan lelaki Arab tetapi berkahwin dengan suaminya Rami Alashkar berasal dari Palestin.

BACA: “Dia Tak Pernah Cari Saya” – Ramona Zamzam Tak Pernah Kenal Bapa Kandung

“Adik-adik yang belum kahwin, boleh tak jangan confident sangat cakap “taknak itu taknak ini. Masa muda saya pernah cakap “Kawin dengan orang arab? Eeew no.” Beberapa tahun kemudian ambik kau, terpaling Arab yang saya dapat,” selorohnya.

Menurut Ramona lagi, pasangan yang paling kita tidak mahu itu jugalah merupakan calon yang terbaik serta memiliki peribadi yang baik sehingga sukar untuk menolak. 

Untuk rekod, Ramona dan Rami mendirikan rumah tangga pada 1 Mei 2015. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Ivanna Alaskha.


Scroll to Top