Jantung Dijangkiti Kuman, Soffi Jikan Dipindahkan Ke Hospital Serdang

Jantung Dijangkiti Kuman, Soffi Jikan Dipindahkan Ke Hospital Serdang

Pelakon Soffi Jikan dilapor dipindahkan ke Hospital Serdang bagi bagi menerima rawatan selanjutnya kerana mengalami jangkitan kuman pada bahagian jantung.

Berita itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di akaun TikTok @mrhasyim pada Ahad lalu dan keadaan Soffi dikhabarkan agak serius.

BACA: Soffi Jikan Kini Sudah Bergelar Datuk?

“Soffi Jikan dipindahkan ke Hospital Serdang, keadaan terkini agak serius. Semoga cepat sembuh abang ku, wad zac, katil 14,” tulis hantaran itu.

Sebelum ini, aktor dimasukkan ke hospital akibat terkena jangkitan kencing tikus dan demam denggi. Kemudian Soffi menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh selepas mengalami jangkitan kuman pada hati.


Scroll to Top