Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie sekali lagi mencetuskan kontroversi selepas dikaitkan dengan dakwaan menjual video berunsur lucah bersama lelaki dikenali sebagai Daddy Ash ketika berada di Bali, Indonesia.
Terbaru, Anju tampil memuat naik video di Instagram yang memperlihatkan dirinya hadir ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) ditemani peguam bagi memberikan keterangan berhubung isu panas itu.
Terima kasih sangat-sangat pada pihak MCMC sudi bantu buat siasatan dengan sangat telus dan tertib. Sangat baik mereka layan saya. Terima kasih juga pada lawyer saya, Dato Azar dan Encik Nick.
Netizen tak henti tegur
Walaupun Anju sudah tampil memberi kerjasama, netizen di ruangan komen masih tidak melepaskan peluang untuk menasihati dan menegur tindakannya sebelum ini.
Ada netizen yang komen kenyataan Anju yang sebelum ini promosi pautan Telegram berbayar untuk lihat video dirinya bersama Daddy Ash. Ada juga yang turut menyalahkan cara ‘marketing murahan’ yang digunakan.
You sendiri yang up kan gosip sampai ramai fikir buruk. Marketing pun jangan la pilih jalan macam ni.
Sian netizen kena tipu bayar tapi tak dapat tengok pon.
Cuba jadi mahal sikit, rupa pun ada, bakat pun ada. Jangan kejar publisiti murah.
Anju, jangan la berkawan dengan orang macam Daddy Ash tu. Kesian kat anak you.
Ramai harap Zarina Anjoulie lebih berhati-hati

Rata-rata peminat dan pengikut masih berharap agar Anju lebih menjaga nama baik dirinya serta keluarga, dan tidak lagi mudah terjebak dengan individu yang sering dikaitkan dengan kontroversi.
Mereka mahu melihat Anju kembali fokus kepada karier seni dan membuktikan bakatnya, tanpa perlu mencetuskan sensasi berlebihan.
Pssttt! Populariti datang dan pergi, tapi maruah dan nama baik keluarga kekal selamanya. Hati-hati dalam berkawan dan jangan gadaikan harga diri demi publisiti sementara.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




