“Saya Akan Jadi Aliff Syukri Yang Lebih Baik, Tiada Lagi Pakai Baju Ketat”

“Saya Akan Jadi Aliff Syukri Yang Lebih Baik, Tiada Lagi Pakai Baju Ketat”

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berkata dia nekad mahu berubah selepas dibebaskan daripada empat pertuduhan berkaitan penyebaran kandungan video sumbang di media sosial.

Memetik mStar Online, Aliff berkata keputusan diperoleh itu sekaligus menjentik hatinya untuk muhasabah diri serta perbaiki kesilapan.

BACA: Video Raya Sumbang: Aliff Syukri Bebas, Lepas Dari Pertuduhan

“Bukan sebab menang kes atau rasa saya betul, tapi saya berikrar  takkan ulangi kesilapan sama. Saya akan jadi Aliff Syukri yang lebih baik. 

“Tiada lagi pakai baju ketat atau buat perkara yang menyakitkan hati orang lain. Saya bersyukur kepada Allah, mungkin ini cara dia jentik hati saya untuk berubah,” katanya.

Sementara itu, Aliff berkata dia tidak mahu melukakan hati keluarganya lagi serta enggan memalukan anak-anak serta mahu berubah.

“Sebelum ini arwah nenek saya sampai mengamuk, ibu pula kata saya malukan keluarga. Saya tak mahu malukan anak-anak. Saya sendiri nak berubah. Alhamdulillah saya menang dengan bermaruah,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff berkata dia tidak meletakkan harapan tinggi namun bersyukur menang kes berkenaan selepas tiga tahun berlalu.

“Bila Hakim cakap saya tak bersalah, saya rasa macam satu keajaiban. Sebelum itu rasa rasa macam nak kena gantung dah,” katanya.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top