Kota Kinabalu: Koroner Amir Shah Amir Hassan tiba di Mahkamah Koroner di sini bagi mengetuai prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Pada awalnya, kehadiran ke dalam bilik mahkamah dihadkan sempena hari pertama prosiding yang dijadual berlangsung selama 17 hari.
Namun dengan ruang tambahan yang disediakan, seramai 14 petugas media dibenarkan membuat liputan prosiding berkenaan.
Turut hadir ialah barisan peguam yang mewakili keluarga Zara Qairina, lima remaja yang didakwa terbabit insiden itu serta wakil dari Persatuan Peguam Sabah (Sabah Law Society).
Bagaimanapun, ibu bapa Zara Qairina tidak kelihatan di Kompleks Mahkamah setakat tinjauan media pagi ini.
Sehingga jam 10 pagi, keadaan di sekitar Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu dilaporkan terkawal, dengan kehadiran anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bersiap siaga bagi memastikan keselamatan dan kelancaran prosiding.
Inkues kematian Zara Qairina bermula hari ini
© New Straits Times Press (M) Bhd

