Kementerian Komunikasi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sikap platform media sosial popular, TikTok yang dikatakan gagal menangani isu penipuan serta buli siber di Malaysia.
Menurut laporan Sinar Harian, pihak MCMC melihat TikTok seolah-olah tidak serius mengambil tindakan, walaupun aduan telah berkali-kali dibangkitkan dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
“Janji nak tambah moderator, tapi..” – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi, antara isu besar yang gagal ditangani TikTok adalah kes buli siber terhadap mendiang Rajeswary Appahu atau ‘Esha’.
TikTok menjanjikan jumlah moderator kandungan termasuk Live akan ditambah, namun gagal menyatakan jumlah sehingga kini.
Beliau turut menegaskan kementeriannya sudah berkali-kali meminta jumlah moderator berbahasa Tamil, tetapi tiada sebarang maklum balas diberikan.
Risiko dikenakan tindakan undang-undang

Fahmi berkata, kementeriannya menerima aduan buli siber terhadap komuniti India di TikTok, malah ada kes melibatkan penipuan dan maklumat palsu yang semakin berleluasa.
Saya serahkan kepada MCMC untuk meneliti tindakan yang boleh diambil.
Katanya lagi, semua platform media sosial termasuk TikTok wajib mematuhi undang-undang, susulan peningkatan aduan berkaitan kandungan tidak sahih.
Pssttt! Media sosial seharusnya jadi ruang selamat untuk semua. Pengguna juga perlu bijak, elakkan menyebar maklumat palsu dan jangan sesekali normalisasikan budaya buli.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




