“Tak Perlu B*tthurt Bila Orang Share Di Media Sosial, Tak Ada Manfaat Bagi Awak Tapi Mungkin Untuk Orang Lain” – Syasya Rizal

“Tak Perlu B*tthurt Bila Orang Share Di Media Sosial, Tak Ada Manfaat Bagi Awak Tapi Mungkin Untuk Orang Lain” – Syasya Rizal

Penyanyi Syasya Rizal tampil memberi respon terhadap segelintir warganet yang meninggalkan komen negatif terhadap dirinya.

Menerusi satu hantaran di Threads, Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal menegaskan, setiap perkongsian yang dimuat naik di media sosial miliknya hanyalah sekadar catatan peribadi yang mungkin boleh memberi manfaat kepada segelintir individu.

Sekaligus, menjelaskan mengenai hantaran yang dibuatnya sebelum ini berkenaan gurauan kasarnya apabila dia mendoakan suaminya itu jatuh sakit seperti dirinya.

Berkongsi lanjut, bekas ahli kumpulan Dolla itu menjelaskan, doa isteri adalah salah satu doa yang mustajab dan tidak berhak dipersoalkan kerana ia sudah tertulis di dalam hadis.

Terdahulu, Syasya dalam salah satu hantarannya menjelaskan bahawa dia sebenarnya hanya bergurau, sambil mengakui khilaf kerana terasa hati dengan sikap suami ketika dirinya berada dalam keadaan tidak sihat.

Scroll to Top