Sudah sebulan dibebaskan dari Penjara Narathiwat, Thailand, penyanyi Eda Ezrin berkongsikan pengalamannya sepanjang sembilan bulan ditahan.
Menerusi sesi siaran langsung, Eda berkata dia dan dua rakannya ditempatkan di sebuah bilik besar bersama kira-kira 50 banduan lain.
BACA: Eda Ezrin Trauma, Tak Mahu Jejak Kaki Ke Thailand Lagi
Menurut Eda, dia dilayan dengan baik serta dibenar untuk membuat palbagai aktiviti antaranya mengaji, bersolek dan menyanyi.
“Kami dilayan dengan baik oleh pihak pengurusan penjara dan dibenarkan melakukan pelbagai aktiviti, termasuk solat berjemaah, menyanyi dan juga bersolek.
“Saya dan dua rakan bukan banduan pesalah tetapi tahanan reman, jadi kami tidak dibenarkan bekerja. Rutin harian kami kebanyakannya menyanyi, berbual dan belajar mengaji al-Quran,” katanya.
Sepanjang berada di sana, Eda berkata detik paling menyedihkan apbila berjauhan dengan mereka yang tersayang lebih-lebih lagi ketika Aidilfitri.
“Paling sukar ialah apabila saya merindui anak-anak, suami dan keluarga, terutama ketika Hari Raya Aidilfitri. Ketika itu saya berasa sangat sedih dan hancur hati, dan yang mampu saya lakukan hanyalah berdoa,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Pada 6 Ogos lalu, Eda bersama suami dan empat yang lain dibebaskan selepas ditahan pada November tahun lalu.




