Kru penerbangan Air Canada tolak tawaran kenaikan gaji

Kru penerbangan Air Canada tolak tawaran kenaikan gaji

Ottawa: Kru penerbangan Air Canada pada Sabtu sebulat suara menolak tawaran upah syarikat penerbangan itu, menurut kesatuan mereka, lapor Xinhua.

Kesatuan Pekerja Awam Kanada berkata, 99.1 peratus daripada ahlinya menolak perjanjian sementara yang menawarkan kenaikan gaji 12 peratus bagi kebanyakan kru penerbangan junior dan lapan peratus untuk kakitangan senior.

Air Canada dalam kenyataan berasingan berkata, kedua-dua pihak bersetuju untuk merujuk pertikaian upah itu kepada proses pengantaraan sekiranya perjanjian sementara ditolak, dan kepada timbang tara jika pengantaraan tidak berjaya.

Kedua-dua pihak juga bersetuju bahawa tiada gangguan tenaga kerja boleh dimulakan, oleh itu tiada mogok atau sekatan kerja akan berlaku, dan penerbangan akan terus beroperasi.

Mogok tiga hari oleh atendan penerbangan berakhir pada 19 Ogos, dengan syarikat penerbangan itu menganggarkan ia menjejaskan perjalanan 500,000 pelanggan melalui pembatalan penerbangan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top