Rakan nampak Muhammad Amsyar Muqri terkapai-kapai sebelum hilang dibawa arus

Rakan nampak Muhammad Amsyar Muqri terkapai-kapai sebelum hilang dibawa arus

am@hmetro.com.my

Sanglang: Penuntut semester satu Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) Muhammad Amsyar Muqri Masri, 18, dilihat terkapai-kapai oleh rakannya selepas mesin padi terjatuh ke dalam sungai Kampung Sanglang di sini, sebelum hilang dibawa arus, semalam.

Ketika itu, dua rakannya yang sempat menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi sungai.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku ketika rakannya yang berusia 19 tahun memandu jentera mesin padi itu bersama tiga rakannya yang berusia 16, 18, dan 20 tahun.

Menurutnya, ketika cuba menaikkan jentera mesin padi itu, ia dipercayai terlajak dan terus menjunam ke dalam sungai.

“Tiga rakan mangsa terselamat dalam kejadian itu, manakala mangsa dilaporkan hilang.

“Rakannya ternampak mangsa terkapai-kapai sebelum hilang dibawa arus.

“Bagaimanapun, mangsa ditemui kira-kira jam 10 pagi hari ini oleh pasukan penyelamat yang melakukan pencarian pada hari kedua hari ini,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top