Monza: Pelumba Perancis, Pierre Gasly akan memulakan perlumbaan Grand Prix Itali dari pit lane selepas pasukan Alpine mengeluarkan jenteranya daripada syarat parc ferme bagi memasang unit kuasa baharu.
Gasly sebelum itu sekadar menamatkan sesi kelayakan di kedudukan ke-19 daripada 20 pelumba, sekali gus bergelut dengan kepantasan di Monza.
Seorang lagi pelumba Perancis, Isack Hadjar turut diturunkan ke pit lane selepas pasukan Racing Bulls membuat pertukaran enjin walaupun dia menamatkan kelayakan di tempat ke-16.
Di barisan hadapan, juara dunia empat kali berturut-turut, Max Verstappen (Red Bull) bakal bermula dari petak utama diikuti pemandu McLaren, Lando Norris yang kini menghuni tangga kedua keseluruhan kejuaraan dunia.
Rakan sepasukan Norris, Oscar Piastri yang juga pendahulu kejuaraan akan memulakan perlumbaan dari petak ketiga.
Aksi di Litar Monza itu dijadual bermula jam 9 malam waktu Malaysia.
© New Straits Times Press (M) Bhd




