Pelakon, penyanyi dan usahawan, Nur Fazura meraih tumpuan selepas memuat naik satu kenyataan di media sosial miliknya.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Fazura atau pemilik nama penuh, Nur Fazura Sharifuddin, berkongsi pandangannya tentang satu tindakan tidak baik yang pada akhirnya akan memberi kesan kepada diri sendiri.
Menurut bintang filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu, Fazura berkata perasaan yang boleh digambarkan seperti ‘busuk hati’ atau membenci individu lain tidak akan mendatangkan sebarang faedah.
“Niat jahat dan sifat benci tidak merosak orang lain, tetapi hanya akan memakan diri sendiri,” katanya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan selebriti berusia 41 tahun itu.
Sebelum ini, penyampai radio dan pengacara, DJ Sonic mendedahkan Fazura kini semakin matang dan tidak akan berdiam diri terhadap mana-mana pihak yang cuba menjatuhkannya.
Artikel Berkaitan: Sering Pertahan Fazura, DJ Sonic Tak Kisah Dilabel ‘Terpaling Kawan’
Artikel Berkaitan: “Dia Bukan Seperti 10 Bulan Lalu” – DJ Sonic Dedah Fazura Tak Akan Berdiam Diri Berdepan Buli Siber




