Pelakon, Rebecca Nur Al Islam mencuri tumpuan apabila berkongsi pengalamannya berada di Tanah Suci Kota Makkah digambarkan sebagai satu perjalanan yang amat dipermudah oleh-Nya.
Menerusi beberapa video yang dimuat naik di Instagram Story (IGs) miliknya, Rebecca yang baru sahaja habis iddah itu dilihat tidak dapat menahan sebak apabila berjaya memasuki Raudhah di Masjid Nabawi, Madinah dengan senang.
“Ya Allah, macam tak percaya begitu mudah Kau bagi perjalanku. Alhamdulillah, saya seorang diri di Madinah, dan seorang diri masuk ke Raudhah.
“Tetapi, dengan mudah perjalanan yang Kau berikan Ya Allah Ya Rasulullah,” katanya.
Dalam masa sama, Rebecca turut berkongsi ada individu dari Malaysia yang merupakan salah seorang pengikutnya di media sosial telah mengambil videonya tatkala dia sedang khusyuk berdoa.
“Sedang saya berdoa di kanan saya ada orang Malaysia yang sedang merakam saya. Dia cakap ‘Hi sayang, bersabar ya dengan duugaan awak. Saya pengikut awak’. Allahuakbar, terima kasih untuk video ini,” tulisnya beserta tanda pagar #SayaBerniqabOrangKenal #Masya-Allah.

Sebelum ini, perkongsian Rebecca di media sosial miliknya mencuri perhatian netizen apabila aktres berkenaan memuat naik hantaran status berbunyi ‘Single Mother of 7’.
Muat naik tersebut dilihat seakan-akan memberi gambaran bahawa rumah tangganya bersama suami, Datuk Nur Azman Sulaiman sudah berakhir.
Namun begitu, Rebecca dalam satu perkongsian di IGs sebelum ini menjelaskan dirinya telah habis tempoh iddah sebelum berangkat ke Tanah Suci, sekali gus merungkaikan desas desus mengenai pergolakan rumah tangganya.
Artikel Berkaitan: Selesai Jalani Tempoh Iddah, Rebecca Nur Al Islam Mohon Doakan Yang Terbaik – “Inshaa-Allah Saya Okay”




