DJ Sonic Sifatkan Fazura Wanita Hebat – “Kita Tak Kan Jadi Sekuat Dia”

DJ Sonic Sifatkan Fazura Wanita Hebat  – “Kita Tak Kan Jadi Sekuat Dia”

Penyampai radio dan pengacara DJ Sonic mengambil peluang memberi kata-kata semangat dan penghargaan buat rakan baiknya yang juga seorang pelakon dan penyanyi jelita, Nur Fazura.

Menerusi perkongsian di Threads, DJ Sonic berkata, Fazura adalah seorang yang kuat, cekal dan hebat terutamanya dalam menjalani kehidupannya sebagai seorang ibu tunggal.

Kata DJ Sonic atau nama lengkapnya,  Awang Suffian Awang Hussein, yakin terhadap percaturan dan ketentuan Allah adalah kunci kepada kekuatan yang dimiliki sahabatnya itu.

“Kita tidak akan jadi sekuat dia. Setahun ini dia lalui dugaan hidup yang maha hebat. Tapi dia tetap berdiri di hadapan. Sebab apa? Sebab dia yakin Allah sayang dia. Dan, dia juga yakin kita semua ada di sekeliling dia.

“Kepada Fazura, masa untuk awak terbang tinggi cari kedamaian hati. Carilah bahagia awak dan kami sentiasa doakan awak jadi wanita dan ibu yang sangat hebat.

“One day, Fatima pasti akan bangga punyai ibu sekuat awak, Faz. Jatuh itu biasa, bangkit itu luar biasa,” katanya.

Scroll to Top