Tahniah! Fattah Amin Dan Amira Othman Sah Bergelar Suami Isteri

Tahniah! Fattah Amin Dan Amira Othman Sah Bergelar Suami Isteri

Oh! Artis

Fattah Amin sah bernikah dengan penyanyi Amira Othman tepat 9.07 malam dengan sekali lafaz.


Malam yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba, pelakon popular Fattah Amin akhirnya sah disatukan dengan penyanyi, Amira Othman.

Fattah dan Amira selamat diijabkabul dengan sekali lafaz oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dengan berwakil wali bapa pengantin perempuan, Othman Abdul Kadir.

Fattah Amin

Lapor Berita Harian, Fattah menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang emas tunai. Selain itu, lima dulang hantaran turut diserahkan dan dibalas dengan tujuh dulang hantaran dari pihak pengantin perempuan.

Fattah

Tahniah Fattah dan Amira! Semoga ikatan yang dibina kekal sehingga ke akhir hayat. Amin!

Pssttt! Oh! Media pasti ramai peminat yang teruja melihat kebahagiaan pasangan ini selepas menanti lama detik indah mereka. Alhamdulillah!

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top