Anzalna Nasir Bengang Netizen Bandingkan Fazura Dan Amira Othman

Anzalna Nasir Bengang Netizen Bandingkan Fazura Dan Amira Othman

Oh! Artis

Anzalna Nasir pesan netizen berhenti bandingkan Fazura dan Amira Othman lepas Fattah Amin bernikah.


Bila nama selebriti terlibat, mesti ada je netizen yang suka buat perbandingan. Tapi kali ni, pelakon cantik Anzalna Nasir tampil bersuara untuk hentikan drama perbandingan antara Fazura dan Amira Othman.

Momen ni jadi hangat semula selepas Fattah Amin baru sahaja sah bergelar suami kepada penyanyi Amira Othman dalam majlis akad nikah yang berlangsung meriah di Sepang.

Anzalna yang juga rapat dengan Fazura dan Amira, jelaskan yang dua-dua wanita ini ada kehebatan dan keistimewaan masing-masing. Jadi, tak perlu nak cipta drama tambahan.

Anzalna Nasir harap netizen lebih positif…

Janganlah kita mencetuskan drama yang tidak perlu. Saya benar-benar menghormati Fazura dan Amira Othman. Mereka berdua ada keistimewaan masing-masing dan wanita hebat. Disebabkan itu saya bersyukur kerana menjadi sahabat mereka.- Katanya di Instagram.

Pelakon drama popular Adam Hawa tu turut mengingatkan netizen supaya meraikan kebahagiaan orang lain tanpa perlu bergaduh atau membandingkan sesiapa.

Saya ikhlas mendoakan yang terbaik buat mereka (Fazura dan Amira), jadi marilah kita rasa gembira untuk semua orang.- Ujarnya lagi.

Fattah Amin dan Amira Othman kini sah bergelar suami isteri…

Pada malam Ahad lepas, Fattah Amin selamat bernikah dengan Amira Othman dalam majlis akad nikah penuh indah di Golden Palm Trees Malaysia, Sepang.

Majlis itu turut dihadiri ramai selebriti ternama termasuk Ernie Zakri, Hawa Rizwana dan Nabila Razali. Malah, Anzalna sendiri hadir sebagai pembawa dulang hantaran bagi pihak pengantin perempuan.

Untuk info, sebelum ini Fattah pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Fazura pada 27 November 2017, namun rumah tangga mereka berakhir dengan perceraian pada 7 Oktober lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Pssttt! Korang, kalau selebriti sendiri pun saling hormat dan doakan yang baik-baik, kita sebagai peminat lagi lah patut sokong dengan cara positif. Hidup ni lebih tenang bila kita raikan kebahagiaan orang lain tanpa banding-banding.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top