Semalam, pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman akhirnya selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam satu majlis serba indah.
Turut menjadi perhatian dalam majlis tersebut adalah pembawa dulang hantaran pengantin lelaki dan perempuan antaranya Alvin Chong, Bell Ngasri, Anzalna Nasir, Nabila Razali, Hawa Rizwana, Qasrina dan Wani Hasrita.
BACA: “Amira Sangat Menjaga Solat, Jaga Wuduk”
Bagaimanapun, ada segelintir yang kurang senang apabila ada selebriti yang bersetuju untuk menjadi pembawa dulang buat pasangan itu.
Malah, ada yang membuat hantaran memberitahu mahu berhenti untuk menyokong artis-artis berkenaan namun tidak dapat diketahui puncanya.

Turut menjadi perhatian hantaran dikongsikan netizen menerusi portal Gempak apabila ada yang menyebut nama penyanyi Ernie Zakri dan tidak mahu lagi mengikutinya di platform Spotify.
“Done unfollow, blocked, and removed from Spotify YTMusic list, even aku minat gile dengan Ernie but yeah.
“Sampai ke Ernie yang jadi dulang girl pun kena unfollow eh ? HAHAHAHAHA kelakor la uolls ni
“Nasib tak pernah follow most of them. The one and only Ernie je follow. Bila nampak muka dia ada terus unfollow,” tulis netizen.
Sumber: Gempak




