Lepas Sehari Kahwin, Fattah Amin Dedah Isteri Pandai Masak, Buat Mi Segera Penuh Lauk!

Lepas Sehari Kahwin, Fattah Amin Dedah Isteri Pandai Masak, Buat Mi Segera Penuh Lauk!

Oh! Artis

Fattah Amin dedah isteri Amira Othman pandai masak mi segera penuh lauk sampai jadi meriah.


Siapa sangka di sebalik gaya lembut dan suara merdu Amira Othman, rupanya dia cukup handal di dapur.

BACA: “Telah Allah Tulis Tentang Jodoh, Ajal, Maut..” – Amira Othman Bersuara Mengenai Takdir

Perkara itu terbongkar sendiri apabila suaminya, pelakon popular Fattah Amin berkongsi pengalaman menarik tentang air tangan isterinya.

Mi segera jadi ‘meriah’ dengan lauk pauk

Menerusi satu perkongsian tular di Facebook, Fattah berkata Amira pernah menyediakan hidangan mi segera yang bukan biasa-biasa, penuh dengan pelbagai bahan sampai buat dia terfikir kebolehan sebenar isterinya.

Fattah terkejut apabila melihat mi segera yang dimasak Amira penuh dengan lauk dan sayur-sayuran. Memang meriah lain macam!

Mira pandai masak, dia pernah masakkan untuk saya mi segera tapi meriah dengan macam-macam bahan. Dalam mi ada sotong, ikan, sayur, telur, dan macam-macam. Dekat situ saya terfikir kalau masak mi segera je dah macam tu apatah lagi masak yang lain, rupanya betul tekaan saya.

Menariknya, Amira turut berkongsi bahawa resepi mi segera tersebut sebenarnya berasal daripada ibunya. Namun, dia lebih selesa menyediakan makanan barat kerana lebih ringkas untuk dimasak.

Pssttt! Seronok dengar kisah pasangan ini yang sederhana tapi penuh bahagia. Dari air tangan di dapur sampailah ke kisah cinta selepas nikah, memang buat ramai kagum dengan cara mereka membina rumah tangga.

Kredit: Facebook Kekna Shanana Home Decor
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top