Pelakon Fattah Amin berkata peraasaan selesa mula terbit antara dirinya dengan Amira Othman selepas sering bekerjasama dalam mempromosikan beberapa jenama.
Menerusi sesi siaran langsung, Fattah menjawab pertanyaan netizen yang ingin mengetahui mengenai detik awal permulaan hubungannya dengan isteri.
BACA: Fattah Amin Dedah Isteri Pandai Masak, Puji Mi Segera Amira Othman
“Tiada istilah siapa jatuh cinta dulu. Bercinta selepas kahwin itu lebih indah. Lagipun kami selalu kerja bersama. Jadi, perasaan itu yang buatkan kami selesa dan ikut sahaja arus aturanNya,” katanya.
Sementara itu, Fattah menyifatkan isterinya seorang yang tenang dalam apa jua situasi dan jika Amira akan berdiam diri jika dalam keadaan marah.
“Kalau Amira marah, dia bukan sejenis yang marah-marah. Dia akan diam. Tapi senang untuk dipujuk,” katanya.
Terdahulu, Fattah memuji isterinya pandai memasak dan Amira pernah menyediakan hidangan mi segera namun penuh dengan bermacam-macam lauk.
Sumber: Utusan




