Iran sahkan Ketua Perisikan IRGC terbunuh dalam serangan AS-Israel

Iran sahkan Ketua Perisikan IRGC terbunuh dalam serangan AS-Israel
Iran sahkan Ketua Perisikan IRGC terbunuh dalam serangan AS-Israel

Menurut satu kenyataan IRGC, Mejar Jeneral Seyed Majid Khademi (gambar) telah “syahid” dalam serangan itu.

ISTANBUL – Iran pada Isnin mengesahkan Ketua Pertubuhan Perisikan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel, lapor Anadolu Ajansi.

Penyiar rasmi IRIB yang memetik satu kenyataan IRGC berkata, Mejar Jeneral Seyed Majid Khademi telah “syahid” dalam serangan itu.

Khademi dilantik sebagai ketua sayap perisikan IRGC pada Jun 2025 selepas kematian pendahulunya, Jeneral Mohammad Kazemi yang turut terbunuh dalam serangan Israel.

Ketegangan serantau semakin memuncak sejak AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Februari, yang setakat ini telah meragut lebih 1,340 nyawa, termasuk Pemimpin Agung ketika itu, Ayatollah  Ali Khamenei.

Tindakan itu telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan infrastruktur, selain mengganggu pasaran global serta sektor penerbangan. – Bernama-Anadolu

Scroll to Top