LATEST
World News

Latihan dron polis bawa penemuan ladang ganja

Latihan dron polis bawa penemuan ladang ganja

LONDON – Latihan menerbangkan dron oleh anggota polis di Winsford, Cheshire, Britain bertukar menjadi operasi membanteras dadah apabila kamera peranti itu mengesan sumber haba mencurigakan dari sebuah rumah berhampiran.Penemuan itu membawa kepada serbuan polis di sebuah rumah di Caerleon Close, Winsford, kira-kira jam 8 pagi pada 19 November lalu.Dalam operasi berkenaan, polis menemui kira-kira 90 pokok ganja yang ditanam pada peringkat pertumbuhan berbeza, selain sejumlah bahan psilosibin yang digunakan untuk menghasilkan cendawan halusinogen.Pemeriksaan lanjut turut mendapati bekalan elektrik di premis itu telah diubah suai secara haram bagi membekalkan tenaga kepada kegiatan berkenaan.Menurut Polis Cheshire, penemuan itu bermula apabila anggota unit dron pasukan berkenaan mengesan satu sumber haba luar biasa ketika menjalani latihan berhampiran ibu pejabat polis di Winsford.Maklumat daripada latihan itu kemudian digunakan sebagai risikan sebelum pihak berkuasa memperoleh waran untuk melakukan pemeriksaan di rumah terbabit.Seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun ditahan di lokasi kejadian kerana disyaki memiliki dadah Kelas A dan terlibat dalam kegiatan penanaman ganja.Lelaki itu masih dalam tahanan polis bagi membantu siasatan.Pegawai Polis Unit Rondaan Tempatan Northwich, Konstabel Josh Smith berkata, kejayaan itu membuktikan kepentingan penggunaan teknologi dalam membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan jenayah.Beliau berkata, maklumat yang diperoleh daripada unit dron membolehkan sejumlah besar dadah terlarang dikeluarkan daripada pasaran di kawasan Winsford.Menurutnya, polis akan terus mempergiat usaha membanteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah yang memberi kesan negatif kepada masyarakat.Beliau turut menggesa orang ramai menyalurkan maklumat sekiranya mengesan aktiviti mencurigakan berkaitan dadah di kawasan kejiranan masing-masing.Kes itu kini dalam siasatan Polis Cheshire.-Agensi

More in World News

View all

Latest news